Tuesday, 17 January 2012

.Islam agama sempurna.

.kebenaran tentang agama Islam bahawa Islam itu datang dari Allah dapat dilihat dari agama itu sendiri selain daripada Al-Quran.
.bila kita tgk cara-cara hidup Islam,SEMUA perkara ada cara dia compare to other religions.
.bisnes,ekonomi,sosial,adab,aqidah,fiqah. SEMUA lah.
.sampaikan nak tempiaskan nafsu pon ada cara dia.
.saper yang mampu buat agama begini yang sgt sempurna,adil dan memuaskan semua pihak serta menjaga hak masing2 melainkan Tuhan yang Maha Esa?kan?
.Dia yang tahu siapa kita,tahu cara hidup kita,tahu fitrah kita.semua ajaran Islam sesuai dgn kehendak manusia.
.CONTOH.kita tgk hal rasuah.kenapa Islam haram rasuah?sbb unsur keadilan akan musnah.org yang berkuasa akan sentiasa betul.kan?
.contoh lain.kenapa Islam suruh tutup aurat?sebab aurat mampu menaikkan nafsu syahwat seseorg yang akhirnya akan membawa kepada maksiat.kan?cuba kalau tgk awek hot pki seksi.mau xstim nyer kita.kalau yang pki tudung tutup dada sumer tuh,mesti akan sejuk hati tgk dan akan rasa hormat utk menganggu mereka.kan?
.byk lg contoh lain yg dapat didebatkan yang akhirnya akan berpihak kepada Islam yang memuaskan hati.
.aku pon tau sikit jer.but so far semua yang Islam ajar semua memuaskan hati dan ada hikmah yg perlu kita teroka.


.agama Allah Maha Esa hanya Islam.
.jadilah Islam secara keseluruhan.
.sesungguhnya hanya agama Islam diterima Allah.


p/s: aku juga hamba lemah yang sering melakukan 
dosa dan terpengaruh dgn nafsu dunia

.aku manusia jahil.

.aku slalu sgt fikir menda yang tk tercapai dek akalku.sampai mampu rosakkan keiman ku.siapa Tuhanku,betulkah Tuhan itu satu dan Maha berkuasa.astaghfirullah.ampunkan aku ya Allah.sesungguhnya aku tidak tahu.
.tp kan, sebenarnyer,kalau Al-Quran tuh tak turun kat dunia fana nih, kita TAKKAN tau apa-apa contoh mcm siapa cipta kita,apa tugas kita.kan?
.kalau Al-Quran tuh xditurunkan,lg byk teori falsafah ketuhanan akan keluar.kan?
.kita sebagai hamba yg lemah selalu tercari akan kebenaran  yg berdasarkan bukti.
.dalam Al-Quran SEMUA perkara kat dunia ini sudah dijelaskan bersama BUKTI nya.
.CONTOH.big bang theory yg sampai nak pecah kepala otak frankenstein fikir tuh actually dah ada dalam Al-Quran lama dah.
.sapa jer yg tau tentang alam nih melainkan pemiliknya sendiri kan?saper saper saper?Allah Maha Mengetahui.
.berdasarkan bukti sahih tuh maka terbuktilah kebenaran Al-Quran itu benar dan disitulah kita tahu tentang semua perkara.tentang Tuhan,hidup akhirat,cara hidup,dan semua lah yg wajib kita percaya dan tawakal.
.byk lagi bukti yg mampu memperkuat kebenaran Al-Quran yg akan membuatkan kita berfikir tentang kekuasaanNya yang Esa.
.kita insan yg jahil,hanya dicipta oleh Maha Pencipta.hanya mampu mengikut apa yang diturunkanNya.
itulah Al-Quran al-Karim.

.ya Allah.tetapkan dan tingkatkan iman dan takwa ku kepadaMu.
.sesungguhnya aku hamba yang jahil,lemah dah serba kekurangan.
.kepadaMu aku berserah dan tawakal.
.Kau kurniakan lah keistiqamahan kepadaku dalam beribadah kepadaMu.
.dan peliaharalah aqidahku sehingga akhir hayatku.dan Kau jauhkan lah aku dari mempersoalkan apa yang aku tidak tahu tentang Mu sehingga merosakkan aqidahku.
.sesungguhnya aku hanya ciptaanMu dan Kaulah Maha Benar.



.p/s:aku juga manusia tidak terkecuali dari dosa dan maksiat.