Thursday, 12 July 2012

.iman.

.yarr.memang betul kita orang Islam.
.lahir dalam keluarga Islam.ibu bapa Islam.lahir didunia sudah diazankan di telinga.
.itu satu dari kelebihan kita.dapat Islam.
.iman?
.kita boleh cakap kita beriman.sekadar cakap.
.tapi iman tuh adalah kepercayaan.yang datang dari hati.iman tidak boleh dipaksa kemahuannya.
.tidak boleh diwarisi.dijual beli.tansfer.bluetooth.infrared.
.iman kena hadir dengan keinginan dan usaha.tanpa keduanya.ia sukar untuk kita dapat.
.usaha atas iman sangat sukar.kekadang iman meningkat,kekadang pula ia turun.
.ia mesti dilakukan berterusan.
.kita mesti sentiasa mengagungkan Tuhan yang Maha Esa.bercakap tentang kebesaranNya.
.supaya ia melekat di hati kita.
.sememangnya iman kita sangat lemah.mudah goyah bila diketuk syaitan laknatullah.
.aku akui.aku sebegitu.sering ragu dengan kebenaran yang nyata.membuatkan hatiku rosak.
.hanya sedikit dia tiup was was di hatiku.bergoyang iman ku.
.astaghfirullah.
.hidup mesti diteruskan.iman mesti dikukuhkan.dipaku.diikat kemas supaya tidak goyang dgn apa pun.

.insyaAllah.



p/s : aku juga insan lemah yg sering melakukan kesalahan.
.ya Allah, tetapkan aku dalam kebenaran.
.peliharalah aku dari kesesatan daripada jalan Mu.

Monday, 9 April 2012

.kebenaran dari Tuhan yang Maha Esa..

.Al-Quran itu sinonim dengan kebenaran.
.lihat,baca dan kaji.
.semuanya PASTI benar.
.tiada apa yang bercanggah dengan kehidupan kita.
.namun mengapa masih kita leka dengan dunia.
.tak dapat dinafikan dunia ini Allah jadikan ia indah di mata manusia.
.hiburan,perempuan,harta kekayaan,pakaian.cukup indah.cukup cukup indah.kan?
.itu hanya dunia.
.tp mcm mana dengan akhirat ?indah?.
.semuanya ada di dalam Al Quran.keindahan yg lebih dari dunia bila kelak berada di syurga.
.kita ni hanya hamba yang sememangnya tidak akan tahu apa apa LANGSUNG kalau tidak kerana AlQuran dari Allah yang Maha Esa. oleh itu,memang kita tidak dapat gambarkan setakat mana keindahan syurga itu.
.bagi kita,dunia ini sudah cukup indah dengan nikmatnya.
.sehingga kita kabur dengan kehidupan abadi kita kelak.
.berpeganglah kepada kebenaran.
.tiada yang benar melainkan kebenaran.
.kebenaran itu merupakan AlQuran.
.AlQuran pula merupakan kalam Allah yang Maha Esa.
.hanya padanya kebenaran.dan tiada lagi kebenaran selain darinya.
.maka pantaskah kau palingkan dirimu dari kebenaran?.




p/s: aku juga insan yg sering alpa dan leka.
lalai dengan nikmat dunia.lupa dgn tujuan hidupku.
ajal itu bila bila.Oh Tuhanku, teguhkan hatiku pada kebenaran.amin.

.aku tiada apa.

.aku hanya ciptaan Dia yang Maha Esa.
.hanya hamba yang tak punya apa.
.hanya insan yang tak mengerti apa.
.hanya umat yang lemah dan leka.
.sering kali melakukan maksiat dan dosa.
.kembali ke jalanNya namun masih melakukan dosa yang sama.
.oh Tuhan,ampunkan hambaMu.sering leka, alpa dengan nikmat dunia.
.hamba yang sering leka dengan hidup dunia hingga lupa akan syurga dan neraka.
.aku hanya hambaMu,ciptaanMu yang hanya akan kembali kepadaMu.
.hanya hamba yang mengikuti kata-kataMu.
.peliharalah aku oh Tuhan yang Maha Esa.sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.

Tuesday, 17 January 2012

.Islam agama sempurna.

.kebenaran tentang agama Islam bahawa Islam itu datang dari Allah dapat dilihat dari agama itu sendiri selain daripada Al-Quran.
.bila kita tgk cara-cara hidup Islam,SEMUA perkara ada cara dia compare to other religions.
.bisnes,ekonomi,sosial,adab,aqidah,fiqah. SEMUA lah.
.sampaikan nak tempiaskan nafsu pon ada cara dia.
.saper yang mampu buat agama begini yang sgt sempurna,adil dan memuaskan semua pihak serta menjaga hak masing2 melainkan Tuhan yang Maha Esa?kan?
.Dia yang tahu siapa kita,tahu cara hidup kita,tahu fitrah kita.semua ajaran Islam sesuai dgn kehendak manusia.
.CONTOH.kita tgk hal rasuah.kenapa Islam haram rasuah?sbb unsur keadilan akan musnah.org yang berkuasa akan sentiasa betul.kan?
.contoh lain.kenapa Islam suruh tutup aurat?sebab aurat mampu menaikkan nafsu syahwat seseorg yang akhirnya akan membawa kepada maksiat.kan?cuba kalau tgk awek hot pki seksi.mau xstim nyer kita.kalau yang pki tudung tutup dada sumer tuh,mesti akan sejuk hati tgk dan akan rasa hormat utk menganggu mereka.kan?
.byk lg contoh lain yg dapat didebatkan yang akhirnya akan berpihak kepada Islam yang memuaskan hati.
.aku pon tau sikit jer.but so far semua yang Islam ajar semua memuaskan hati dan ada hikmah yg perlu kita teroka.


.agama Allah Maha Esa hanya Islam.
.jadilah Islam secara keseluruhan.
.sesungguhnya hanya agama Islam diterima Allah.


p/s: aku juga hamba lemah yang sering melakukan 
dosa dan terpengaruh dgn nafsu dunia

.aku manusia jahil.

.aku slalu sgt fikir menda yang tk tercapai dek akalku.sampai mampu rosakkan keiman ku.siapa Tuhanku,betulkah Tuhan itu satu dan Maha berkuasa.astaghfirullah.ampunkan aku ya Allah.sesungguhnya aku tidak tahu.
.tp kan, sebenarnyer,kalau Al-Quran tuh tak turun kat dunia fana nih, kita TAKKAN tau apa-apa contoh mcm siapa cipta kita,apa tugas kita.kan?
.kalau Al-Quran tuh xditurunkan,lg byk teori falsafah ketuhanan akan keluar.kan?
.kita sebagai hamba yg lemah selalu tercari akan kebenaran  yg berdasarkan bukti.
.dalam Al-Quran SEMUA perkara kat dunia ini sudah dijelaskan bersama BUKTI nya.
.CONTOH.big bang theory yg sampai nak pecah kepala otak frankenstein fikir tuh actually dah ada dalam Al-Quran lama dah.
.sapa jer yg tau tentang alam nih melainkan pemiliknya sendiri kan?saper saper saper?Allah Maha Mengetahui.
.berdasarkan bukti sahih tuh maka terbuktilah kebenaran Al-Quran itu benar dan disitulah kita tahu tentang semua perkara.tentang Tuhan,hidup akhirat,cara hidup,dan semua lah yg wajib kita percaya dan tawakal.
.byk lagi bukti yg mampu memperkuat kebenaran Al-Quran yg akan membuatkan kita berfikir tentang kekuasaanNya yang Esa.
.kita insan yg jahil,hanya dicipta oleh Maha Pencipta.hanya mampu mengikut apa yang diturunkanNya.
itulah Al-Quran al-Karim.

.ya Allah.tetapkan dan tingkatkan iman dan takwa ku kepadaMu.
.sesungguhnya aku hamba yang jahil,lemah dah serba kekurangan.
.kepadaMu aku berserah dan tawakal.
.Kau kurniakan lah keistiqamahan kepadaku dalam beribadah kepadaMu.
.dan peliaharalah aqidahku sehingga akhir hayatku.dan Kau jauhkan lah aku dari mempersoalkan apa yang aku tidak tahu tentang Mu sehingga merosakkan aqidahku.
.sesungguhnya aku hanya ciptaanMu dan Kaulah Maha Benar.



.p/s:aku juga manusia tidak terkecuali dari dosa dan maksiat.